Saturday, March 26, 2011

petua wanita untuk perut

Artikel ni saya terbaca kat notes seseorg from fb.. tgh2 masak, jenguk fb jap.. so, kite sharing la ek.. heheh..

Ayat yang dicopy paste...
"Penampilan seseorang wanita akan kelihatan menawan jika mempunyai perut yang kempis. Perut yang kempis akan menampakkan susuk badan yang cantik serta mudah untuk mengayakan pelbagai fesyen. Terdapat beberapa petua yang boleh dicuba bagi wanita yang mengalami masalah perut buncit dan kulit perut berkedut selepas melahirkan anak."

Petua untuk mengempiskan perut:
1) Elakkan minum air semasa makan makanan berat seperti nasi, mee dan lain-lain.-- OK
Sebaiknya minum air paling kirang 30min selepas habis makan -- tak tercekik ke nnti.. hehe.. tp ada sorang kawan saya amalkan bnd ni.. kadang2 sampai dia terlupa minum air.. huhu..

2) Tanak kelapa hingga menjadi minyak. Setelah sejuk, sapukan pada perut. Biarkan selama 10min. Lakukan setiap hati sehingga menampakkan hasilnya. -- Baiklah.. akan kulakukan, jika rajin.. hehee..

3) Bancuh sedikit asam jawa dengan segelas air panas dan garam. Kemudian embunkannya semalaman. Keesokkan paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka. -- sedap ke???

4) Didihkan jadam dengan sedikit air asam jawa sehingga pekat. Apabila suam, lumurkan pada perut sebelum memakai bengkung. -- OK, bila saya bersalin oke.. :D

Copy and paste jugak nih:
"Kebanyakkan wanita mengalami masalah perut buncit selepas melahirkan anak. Terdapat beberapa cara untuk menangani masalah ini."

Campurkan sedikit kapur makan, lima helai daun sirih, beberapa titik minyak kayu putih dan satu sudu besar air limau nipis.Kemudian sapukan ramuan ini pada perut dan diikat dengan bengkung. Lakukan setiap hari semasa dalam pantang sehingga menampakkan perubahan.

Petua untuk masalah kulit perut berkedut:
Campurkan 1 sudu kecil jus limau nipis, 1 sudu air kapur sirih dan 20 titik minyak kayu putih. Gaul sehingga sebati dan sapu pada kesan-kesan pecah dalam masa 2 minggu. -- alrite :D

Selamat mencube ye kawan.. okiess.. nak sambung masak balik.. hehe...byeeeeee :))

No comments:

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...